Friday 16 November 2012

Analisis Pergerakan Manusia - Mendagu


Mendagu

Fasa Persediaan
Sendi / Jenis
Pergerakan Sendi
Otot Agonis
Jenis Penguncupan
Bahu (lesung)
Ekstensi
Deltoid, Trapezius, Rhomboids dan Rotator Cuff
Eksentrik
Siku (engsel)
Ekstensi
Tricep brochii, Bicep brochii dan Brachioradialis
Eksentrik
Radioulnar / Pangsi
Ekstensi
Pronator teres dan Brachioradialis
Eksentrik
Pelana
Ekstensi mendatar
Trapezium
Eksentrik

Fasa Mendagu
Sendi / Jenis
Pergerakan Sendi
Otot Agonis
Jenis Penguncupan
Bahu (lesung)
Fleksi
Deltoid, Trapezius, Rhomboids dan Rotator Cuff
Konsentrik
Siku (engsel)
Fleksi
Tricep brochii, Bicep brochii dan Brachioradialis
Konsentrik
Radioulnar / Pangsi
Fleksi
Pronator teres dan Brachioradialis
Konsentrik
Pelana
Supinasi
Trapezium
Konsentrik

Fasa Pemulihan
Sendi / Jenis
Pergerakan Sendi
Otot Agonis
Jenis Penguncupan
Bahu (lesung)
Ekstensi
Deltoid, Trapezius, Rhomboids dan Rotator Cuff
Eksentrik
Siku (engsel)
Ekstensi
Tricep brochii, Bicep brochii dan Brachioradialis
Eksentrik
Radioulnar / Pangsi
Ekstensi
Pronator teres dan Brachioradialis
Eksentrik
Pelana
Supinasi
Trapezium
Konsentrik


Mendagu

Fasa Persediaan

Dalam fasa persediaan, badan adalah berdiri tegak. Untuk memaparkan gaya demikian, beberapa sendi telah memainkan peranan. Antaranya adalah sendi bahu, sendi siku, sendi radioulnar dan sendi pelana.

Pergerakan yang diaksikan oleh sendi bahu adalah ekstensi dengan bantuan beberapa otot. Otot-otot agonis yang membantu adalah deltoid, trapezius, rhomboids dan rotator cuff. Otot-otot tersebut telah menguncup secara eksentrik. Dengan ini, tangan dapat membantu siku menyokong berat badan yang digantung.

Sendi siku juga telah melakukan pergerakan ekstensi. Dengan penguncupan eksentrik oleh otot trisep brochii, bisep brochii dan brachioradialis, maka siku dapat menyokong berat badan yang tersangkut.

Sendi yang berikut iaitu sendi radioulnar, ia terdapat pada hujung sambungan radius dan ulna dekat dengan siku. Ia juga telah bergerak secara ekstensi supaya tapak tangan dapat memusing dan memegang tiang di atas. Otot yang berfungsi untuk mengerakan sendi ini adalah pronator teras dan brachioradialis. Otot-otot tersebut telah menguncup secara eksentrik untuk memudahkan lengan tangan memusing dengan senang dan selesa.

Sendi yang terakhir pula merupakan sendi pelana. Ia terletak berdekatan dengna bahu juga. Ia telah dibantu oleh otot trapezium untuk melakukan pergerakan ekstensi dengan pengucupan eksentrik. Ia adalah sokongan kepada sendi bahu untuk menyokong berat badan.

Fasa Mendagu

Pada fasa mendagu, sendi-sendi yang terlibat juga adalah sama, cuma cara pergerakan sendi dan jenis penguncupan otot yang berbeza. Bahagian bahu telah bergerak secara fleksi dengan bantuan otot deltoid, trapezius, rhomboids dan rotator cuff. Otot tersebut telah menguncup secara konsentrik untuk membantu lengan menaikkan badan ke atas.

Pada bahagian sendi siku, ia juga memainkan watak yang lebih kurang sama dengan sendi bahu. Ia bergerak secara fleksi juga dan otot membantu ia bergerak seperti trisep brochii, bisep brochii dan brachioradialis telah menguncup secara konsentrik. Funsi ia adalah untuk menarik badan keatas. Jadi otot-otot tersebut hendaklah kuat.

Sendi radioulnar adalah bergerak secara fleksi untuk memudahkan lengan ditukar arah untuk memudahkan badan di tarik ke atas. Otot-otot yang terlibat secara menguncup secara konsentrik adalah pronator teres dan brachioradialis. Otot-otot tersebut perlu kuat sebab selain memudahkan lengan menukar arah, ia juga membantu dalam menyokong berat badan.

Sendi pelana pula yang menghubungkan tangan dengan bahu pula telah bergerak secara supinasi. Ia telah memusing supaya badan dapat mengatasi ketiggian siku dan badan dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggit berbanding siku. Otot yang main peranan adalah trapezium. Ia telah menguncup secara konsentrik.

Fasa Pemulihan

Di fasa pemulihan, sendi yang berfungsi juga adalah sama seperti yang sebelumnya. Sendi bahu telah bergerak secara ekstensi dengan bantuan otot yang sama iaitu deltoid, trapezius, rhomboids dan rotator cuff. Cara penguncupan otot adalah eksentrik. Tujuan itu adalah untuk menurunkan badan secara perlahan.

Di samping itu, sendi siku juga bergerak dengan cara yang sama, ekstensi untuk menurunkan berat badan secara perlahan serta menyokong berat badan. Otot yang menguncup secara esentrik untuk perlakuan gerakan begini adalah trisep brochii, bisep brochii dan brachioradialis.

Sendi radioulnar yang berdekatan juga memainkan perananya dalam membantu menyokong berat badan serta menurunkan badan secara perlahan. Otot yang berfungsi dalam pergerakan ini ada pronator teres dan brachioradialis. Ia telah menguncup eksentrik supaya pergerakan tersebut dapat dilakukan dengan licin.

Sendi pelana juga tidak bermatlamat yang berbeza, ia juga membantu dalam menurunkan badan sambil menyokong berat badan. Ia talah bergerak secara supinasi manakala otot yang menguncup secara eksentrik adalah trapezium.


No comments:

Post a Comment

Twitter Bird Gadget Flaming Soccer ball