Thursday, 1 December 2011

Lompat Tinggi


LOMPAT TINGGI


· Tujuan seorang pelompat = melompat setinggi yang boleh. 

· Acara lompatan mula menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting apabila olahraga telah menjadi lebih formal pada tahun-tahun dalam abad-19 dan abad ke-20. 

· Dalam abad ke-19, atlit lompat tinggi mula melompat dan mendarat di atas tanah berumput. Oleh demikian, untuk menjaga keselamatan pelompat, maka teknik lompat tinggi gaya gunting digunakan. 

· Seterusnya, untuk meningkatkan lagi kualiti keselamatan, pasir dilonggokkan di tempat mendarat untuk mengurangkan impak pendaratan. Pada masa yang sama, gaya gunting cara membelakang digunakan tetapi cara ini banyak mencederakan para atlit. 

· Sebelum tahun 1940-an, Gaya Timur adalah popular walaupun teknik ini lebih sukar dilakukan. 

· Pada tahun 50-an, Gaya Guling Barat merupakan gaya pertama yang dipopularkan dan ia digunakan oleh ramai atlit sehingga pertengahan tahun 1950-an. Walau bagaimanapun, Gaya Pelana mula menjadi dominan sehingga sukan Olimpik 1968 di Mexico. 

· Pada sukan Olimpik 1968, Dick Fosbury telah menggunakan gaya baru iaitu Fosbury Flop untuk membuat lompatan . 

· Walaupun gaya lompatan tidak penting, perkembangan semasa menunjukkan bahawa atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop mencapai lebih kejayaan berbanding dengan atlet yang menggunakan gaya gunting. 

· Rekod lompat tinggi kategori lelaki dan wanita dipegang oleh atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop. 

ALATAN UNTUK PENGAJARAN

a) Tali
Tali yang biasa digunakan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani sangat berguna untuk latihan lompat tinggi. Di antara kelebihan ialah:

  • Ia tidak dapat mencedera atau menyakitkan para pelajar yang melanggarnya. 
  • Biasanya para pelajar memang suka melompat melepasi tali. 
  • Ketinggiannya mudah diubah untuk disesuaikan dengan pelajar dan latihan yang mereka lakukan. 
  • Tali amat mudah diperolehi dan dibawa ke tempat latihan. Ini memudahkan lagi pengendalian pelajaran. 
b) Batang rotan dan skitel
Kedua-dua alatan ini boleh juga digunakan dalam usaha memperkenalkan kemahiran asas melompat tinggi kepada para pelajar.


c) Tilam mendarat
Ia hendaklah mencukupi untuk keselamatan para pelajar. Tilam gimnastik boleh digunakan semasa pelajaran Pendidikan Jasmani.


d) Tiang dan palang lompat tinggi
Kedua-dua alatan ini boleh digunakan setelah para pelajar dapat menguasai asas melompat.

FASA LOMPAT TINGGI

Semua gaya lompatan boleh dibahagi kepada 4 fasa pergerakan, iaitu

  1. Penujuan - larian menghala ke palang.
  2. Lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan.
  3. Layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
  4. Pendaratan - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.
GAYA LOMPAT TINGGI

Lima gaya lompat tinggi

a) Gaya gunting 
b) Gaya pelana 
c) Gaya guling barat - Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90°). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. 
d) Gaya timur - Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90°). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. 
e) Gaya Fosbury Flop 

GAYA GUNTING

Penujuan
  • Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira- kira 30 darjah. 
  • Pelompat menggunakan 7 -9 langkah. 
  • Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. 
  • Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri. 
Lonjakan
  • Pelonjak melonjak dengan kaki luar. 
  • Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. 
Layangan

1. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.

2. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang.

3. Kaki lonjak dihayun ke atas.

Pendaratan

1. Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.


GAYA FOSBURY FLOP

· Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968.

· Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang lompat tinggi di mana pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk.

· Untuk tujuan keselamatan, guru mesti memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.

Penujuan

1. Larian dilakukan dengan cepat dan beritma.

2. Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung.

3. Butiran lain seperti gaya gunting.

Lonjakan

1. Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang.

2. Kaki di hadapan badan.

3. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.

4. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan.

5. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.

6. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan.

Layangan 

1. Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan.

2. Kedua-dua belah tangan di sisi badan.

3. Kedua-dua lutut dibengkokkan.

4. Setelah bahan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkatkan kepala ke atas.

Pendaratan

1. Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

BUTIRAN MENGAJAR
  • Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal. 
  • Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian menjadi sama atas seragam. 
  • Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas. 
  • Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat melonjak. 
  • Lentikkan badan semasa melepasi palang. 
  • Buka kaki sedikit semasa meluruskannya ke atas. 


LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Latihan 1

· Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri ).

· Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke kanan.

· Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkok.

Latihan 2

· Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia mestinya melonjak dengan serta-merta ke atas.

· Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku dibengkokkan ) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan.

· Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.


Latihan 3

· Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan.

· Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.


Latihan 4 

· Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan.

· Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali.

· Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.

· Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.


Latihan 5

· Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop.

· Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai melonjak.


LATIHAN ANSUR MAJU

1) Aktiviti Mendorong

a) Berjalan dengan lutut tinggi.
b) Berlari dengan lutut tinggi.
c) Berlari dalam bulatan.
d) Berlari mengikut laluan angka lapan.
e) Melonjak.
f) Melonjak untuk menyentuh bola yang digantung.

2) Latihan lompatan
a) Memulakan lompatan dengan gaya gunting.
b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L”,kaki selari dengan palang.
c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L” serta kaki bersudut 45 darjah.
d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah dengan kaki menghala ke arah palang.
e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat ,melompat secara dirian dan mendarat.
f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat.
g) Ulang (f) dengan papan anjal.
h) Menentukan titik semak.
i) Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.

MENENTU TITIK SEMAK



CADANGAN KESELAMATAN

1. Gaya Fosbury Flop (FF) menyebabkan putaran ke belakang semasa dalam fasa penerbangan. Ini mengakibatkan pelompat mendarat di atas bahu atau di atas leher. Tilam nipis yang rapat di lantai membahayakan pelompat. Tilam setebal 1- 1.5m seharusnya digunakan. Tilam yang lebih tebal mengurangkan putaran ke belakang pelompat.


2. Gaya Fosbury Flop(FF) juga menyebabkan pelompat mendarat di atas tilam secara pepenjuru dan kerap pelompat mendatrat di penjuru (bucu) tilam. Tempat mendarat yang memastikan penjuru (bucu) adalah selamat untuk mendarat adalah diperlukan.


3. Guna palang yang dibuat daripada tiub getah untuk menjaga keselamatn pelompat.



GAYA PELANA

Gaya ini hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

a.) Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

b.) Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendak menolak dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas aras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

c.) Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada di dalam keadaan hampir selari dengan palang di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

d.) Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.















Latihan ansur maju lompat tinggi gaya pelana

a) Berdiri dengan kaki bebas di belakang. Gerakkan kaki tersebut ke hadapan dan tendang dengan kuat ke atas sambil kaki yang melonjak menolak badan ke atas. Tujuan latihan ini ialah untuk melatih pelompat supaya dapat menendang kaki bebas ke atas dan melonjak.

b) Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a) sambil menghayun kedua-dua belah tangan. Latihan ini dapat membantu agar lonjakan, tindakan kaki bebas dan hayunan tangan dapat dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara automatik.

c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk tiga langkah dari tali itu. Berjalan tiga langkah(mulakan dengan kaki lonjak) dan tendang kaki bebas ke atas aras tali. Selepas beberapa percubaan, latihan ini hendaklah dibuat secara berlari dan melibatkan hayunan tangan seperti di dalam latihan (b) . Latihan ini akan membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian kepada penujuan dan lonjakan semasa membuat lompatan.

d) Rentangkan tali hingga ke aras pinggang dan ulangi latihan ( c). Selepas melonjak dan badan berada di atas aras tali, pusingkan badan dengan merendahkan bahu supaya bergolek di atas tempat mendarat, atau tangan dan kaki bebas mencecah kawasan mendarat. Latihan ini akan membantu pelompat melepasi palang atau tali dan semasa membuat pendaratan.

e) Rentangkan tali pada aras pinggang. Berlari sejauh lima langkah, diikuti dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali dan pelompat mendarat dengan baik. Latihan ini merangkumi kesemua fasa lompatan(empat fasa semuanya).

f) Latihan lompat tinggi gaya pelana menggunakan alatan yang sebenarnya(tiang dan palang lompat tinggi) serta membuat lima atau tujuh langkah larian yang pantas.

PERATURAN 171
· Cabut undi untuk menentukan giliran lompatan.
· Sebelum bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya.
· Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan.
· Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut:
§ Seorang pelompat tertinggal
§ Terdapat seri pada kedudukan pertama
Walau bagaimanapun, untuk acara campuran (contoh: heptathlon), setiap kenaikan ialah 3cm.
· Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja.
· Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut:
§ Palang jatuh
§ Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah hadapan tiang disentuh
§ Gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku)
Peserta tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.

· Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun semua peserta yang lain telah gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.


· Landas larian seharusnya tidak kurang daripada 15m.




CARA MENGUKUR KETINGGIAN (PERATURAN 145)

· Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang. /Bacaan ketinggian terpendek bersudut tepat dari lantai ke bahagian atas palang.

· Merekod kepada meter terdekat iaitu 0.01m di bawah ketinggian yang diukur. Bererti bahagian ukuran kurang dari 1cm diabaikan.












1 comment:

Twitter Bird Gadget Flaming Soccer ball