Tuesday 10 June 2014

KAEDAH PENYELIDIKAN

KAEDAH PENYELIDIKAN

Bahagian A (WAJIB)

Soalan 1

1.         Satu ciri utama penyelidikan berkualiti tinggi adalah

            (a)        ia memberikan jawapan kepada masalah penyelidikan yang spesifik.
            (b)        ia boleh diitlakkan.
            (c)        ia berasaskan penyelidikan orang lain.
            (d)        ia gagal membangkitkan soalan lain untuk penyelidikan seterusnya.

2.         Bila membentuk soalan penyelidikan adalah penting untuk memilih soalan yang

            (a)        membangkitkan soalan penyelidikan lain.
            (b)        tidak pernah diselidiki lagi.
            (c)        berbentuk politikal atau kontroversial.
            (d)        sukar didefinisikan atau dijelaskan.

3.         Yang mana satukah bukan ciri penyelidikan deskriptif (perihalan)?

            (a)        Penyelidikan mengenai keadaan masa kini.
            (b)        Kawalan yang tinggi terhadap pembolehubah.
            (c)        Ia memberikan gambaran luas mengenai sesuatu konsep.
            (d)        Menerangkan ciri-ciri sesuatu kumpulan.

4.         Hipotesis didefinisikan sebagai

            (a)        kenyataan soalan penyelidikan dalam bentuk yang boleh diuji.
            (b)        kenyatan secara meluas tujuan penyelidikan.
            (c)        pengetahuan yang membentuk fakta menjadi sesuatu yang bermakna.
            (d)        prosedur statistik.


5.         Suatu kriteria yang boleh digunakan untuk memilih pembolehubah untuk di kaji adalah

            (a)        pembolehubah yang tidak berkaitan dengan soalan penyelidikan.
            (b)        pembolehubah yang tidak pernah dikaji sebelum ini.
            (c)        pembolehubah yang sukar didefinisikan.
            (d)        pembolehubah yang tiada kepentingan peribadi.

6.         Yang mana satukah yang tidak dikategorikan sebagai penyelidikan bukan eksperimen?

            (a)        Perihalan.
            (b)        Sejarah.
            (c)        Rekabentuk pra ujian-selepas ujian.
            (d)        Korelasi.

7.         Yang mana satukah yang menjelaskan hubungan sebab-musabab?

            (a)        Sejarah.
            (b)        Korelasi.
            (c)        Eksperimen.
            (d)        Perihalan.

8.                  mewakili suatu kumpulan kejadian yang boleh mengambil lebih dari satu nilai.

            (a)        Konstan.
            (b)        Statistik.
            (c)        Hipotesis.
            (d)        Pembolehubah.

9.         Pembolehubah bergantung mengukur

            (a)        ciri-ciri seseorang responden.
            (b)        hasil sesuatu kajian.
            (c)        magnitud kesemua pembolehubah dalam kajian.
            (d)        pelbagai manipulasi yang sebahagian daripada kajian.

10.        Pembolehubah bebas adalah

            (a)        hasil.
            (b)        kaedah statistik yang digunakan.
            (c)        manipulasi.
            (d)        ciri-ciri responden.

11.        Pembolehubah yang mempunyai kesan terhadap pembolehubah bergantung dikenali sebagai

            (a)        pembolehubah gangguan.
            (b)        pembolehubah kawalan.
            (c)        pembolehubah moderator.
            (d)        pembolehubah konstan.

12.        Langkah pertama dalam penyediaan cadangan penyelidikan yang baik adalah

            (a)        membentuk eksperimen.
            (b)        membincangkan pelbagai hasil kajian.
            (c)        memilih prosedur statistik yang sesuai.
            (d)        lintasan susastera.





13.        Pemberian nilai kepada sesuatu kejadian/hasil adalah di kenali sebagai

            (a)        kebolehpercayaan.
            (b)        kesahan.
            (c)        pengukuran.
            (d)        pembahagian (assignment) rawak.

14.        Apakah klasifikasi terbaik untuk pembolehubah bangsa?

            (a)        Ordinal.
            (b)        Interval.
            (c)        Nisbah.
            (d)        Nominal.

15.        Proses pengukuran terdiri daripada:

            (a)        mengenalpasti peristiwa-peristiwa empirikal.
            (b)        pembangunan (development) dan definisi konsep-konsep.
            (c)        pembangunan skala-skala pengukuran dan penilaian skala.
            (d)        tiada jawapan di atas.
            (e)        Semua di atas.

16.        Keprihatinan pengurusan terhadap rekabentuk alat pengukuran fokus ke atas:

            (a)        kualiti data yang tinggi.
            (b)        gambaran imej dan peruntukan sumber.
            (c)        penampilan instrumen penyelidikan terhadap soalan penyelidikan.
            (d)        semua di atas adalah benar.

17.        Darjah di mana item-item skala mewakili konsep yang dikaji dikenali sebagai:

            (a)        kesahan binaan (construct validity).
            (b)        kesahan kandungan (content validity).
            (c)        kesahan diskriminasi (discriminant validity).
            (d)        kesahan luaran (external validity).

18.        Fokus utama skala pengukuran ialah ke atas:

            (a)        pengasingan peristiwa-peristiwa empirik (empirical events).
            (b)        konsep-konsep kajian.
            (c)        pembolehubah-pembolehubah dan konsep-konsep yang dikaji.
            (d)        kebolehpercayaan dan kesahan.

19.        Berikut adalah beberapa garis panduan dalam penulisan laporan penyelidikan yang baik KECUALI:

            (a)        mengetahui kumpulan sasaran.
            (b)        memerhati gaya penulisan.
            (c)        ringkas dan jelas.
            (d)        menggunakan pelbagai kaedah statistik untuk membuktikan kebenaran.

20.        Kebolehpercayaan ujian-ujian semula mengukur

            (a)        ketahanan sesuatu ukuran.
            (b)        kesahan dalam sesuatu tempoh masa.
            (c)        kestabilan dalam sesuatu tempoh masa.
            (d)        kekuatan piawaian sesuatu alat pengukuran.



21.        Suatu ujian yang sah adalah

            (a)        boleh diuji semula dengan mendapat hasil yang sama.
            (b)        mengukur apa yang sepatutnya diukur.
            (c)        boleh diitlakkan kepada populasi.
            (d)        mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi.

22.        Tahap keertian (significance level) yang dipilih oleh penyelidik menentukan darjah risiko yang akan diambil dari segi

            (a)        perbezaan untuk terjadi.
            (b)        ralat untuk terjadi.
            (c)        Aplikasi statistik.
            (d)        Pembolehubah bebas menjadi berkesan.

23.        Pembolehubah yang tidak boleh dikawal oleh penyelidik adalah

            (a)        konstan.
            (b)        pembolehubah bergantung.
            (c)        pembolehubah bebas.
            (d)        pembolehubah moderator.

24.        Apakah tahap pengukuran yang paling tepat?

            (a)        Nisbah.
            (b)        Nominal.
            (c)        Ordinal.
            (d)        Interval.

25.        Faktor-faktor yang menentukan saiz sampel sesebuah kajian ialah:

            (a)        keseragaman unit-unit pensampelan dan aras keyakinan (degree of confidence).
            (b)        ketepatan dan kebolehan statistik kaedah-kaedah analisis.
            (c)        kos, masa dan personel.
            (d)        jawapan (a), (b) dan (c).

26.        Pensampelan yang “baik” dikatakan mempunyai ciri-ciri berikut:

            (a)        adanya kebarangkalian sesuatu unit analisis akan diambilkira dalam kajian.
            (b)        penilaian secara kuantitatif bagi ketepatan pensampelan.
            (c)        membolehkan membuat keputusan bagi saiz sampel yang diperlukan.
            (d)        semua di atas.

27.        Perkara-perkara yang perlu difikirkan dalam pemilihan rekabentuk sampel ialah:

            (a)        kos, ketepatan, masa, penerimaan keputusan (acceptance of results) dan pengitlakan (generalizability).
            (b)        liputan, elemen, unit-unit pensampelan, masa dan kos.
            (c)        replikasi, kos, ketepatan, dan penerimaan keputusan.
            (d)        populasi, saiz sampel, kos dan ketepatan.


28.        Menggunakan proses pemilihan sampel di mana populasi dipisahkan ke dalam elemen kumpulan-kumpulan yang tidak bertindih (non-overlapping groups) dikenali sebagai pensampelan:

            (a)        sistematik.
            (b)        berkelompok (Cluster).
            (c)        berstratum (Stratified).
            (d)        kawasan.

29.        Sekumpulan responden dikumpulkan di dalam sebuah bilik yang cukup peralatan untuk proses temuduga. Temuduga diawasi dan dibimbing oleh seorang pembincang (discussant). Proses temuduga ini dikenali sebagai:

            (a)        Temuduga yang berasaskan soal-selidik melalui telefon.
            (b)        Temuduga peribadi.
            (c)        Perbincangan kumpulan fokus.
            (d)        Teknik projektif.

30.        Dua tujuan utama penyelidikan perniagaan ialah:

            (a)        penemuan, pengujian hipotesis.
            (b)        penemuan, pengitlakan.
            (c)        kebenaran, verifikasi.
            (d)        pembentukan hipotesis, pengitlakan.

31.        Seorang pengurus pengeluaran ingin mengetahui produk yang manakah yang lebih baik daripada dua jenis produk yang digunakan dalam proses pengecatan rumah? Oleh itu, apakah teknik yang paling sesuai digunakan untuk kajian ini:

            (a)        analisis varians.
            (b)        regresi.
            (c)        ujian T.
            (d)        analisis faktor.

32.        Seorang penyelidik ingin membuat kajian ke atas kesan soalan-soalan yang terdapat dalam iklan TV iaitu bagaimana soalan-soalan patut ditanya; pada awal atau akhir komersial?  Adakah soalan-soalan berkenaan patut dalam bentuk yang mencetuskan kemarahan atau kenyataan sebenar?  Apakah teknik analisis yang baik untuk tujuan ini?

            (a)        Analisis varians satu hala.
            (b)        Regresi berganda.
            (c)        Khi-kuasa dua.
            (d)        Ujian T.

33.        Pengitlakan merujuk kepada

            (a)        hasil kajian yang boleh diaplikasikan kepada populasi dalam persekitaran yang berbeza.
            (b)        hasil kajian yang hanya boleh diaplikasikan untuk sampel kajian sahaja.
            (c)        pensampelan senang.
            (d)        penggunaan jadual nombor rawak.


34.        Kaedah pensampelan di mana setiap individu mempunyai peluang yang sama dan bebas (independent) untuk terpilih adalah

            (a)        pensampelan rawak mudah.
            (b)        pensampelan sistematik.
            (c)        pensampelan senang.
            (d)        pensampelan kuota.


35.        Kebolehpercayaan sempurna (perfect) terjadi bila nilai koefisien menyamai

            (a)        +1.00.
            (b)        +0.50.
            (c)        +0.100.
            (d)        +2.00.

36.        Jenis ujian manakah menguji pencapaian individu berasaskan pencapaian individu lain?

            (a)        Ujian pencapaian.
            (b)        Ujian piawai.
            (c)        Ujian berasakan norma.
            (d)        Ujian berasaskan kriteria.

37.        Analisis item digunakan untuk menjana indeks berikut?

            (a)        Tahap kesukaran item ujian.
            (b)        Tahap populariti item ujian.
            (c)        Tahap diskriminasi item ujian.
            (d)        Kesenangan menilai markah item ujian.

38.        Indeks diskriminasi nilainya +1.00 menunjukkan item

            (a)        gagal untuk melakukan diskriminasi.
            (b)        diskriminasi secara sempurna.
            (c)        terlalu senang.
            (d)        terlalu sukar.

39.        Ukuran kecenderungan menengah yang manakah paling sesuai untuk data berbentuk pangkat?

            (a)        Median.
            (b)        Min.
            (c)        Titik tengah (Midpoint)
            (d)        Mod.

40.        Nilai kritikal adalah

            (a)        nilai yang diperlukan untuk menerima hipotesis nul.
            (b)        nilai yang diperlukan untuk menentukan kesahan sesuatu ujian.
            (c)        nilai yang diperlukan untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu kajian.
            (d)        nilai yang diperlukan untuk menolak hipotesis nul.

                                                                                                                                     [40 markah]

1 comment:

Twitter Bird Gadget Flaming Soccer ball