汉字学
Friday, 13 June 2014
Tuesday, 10 June 2014
KAEDAH PENYELIDIKAN
KAEDAH PENYELIDIKAN
Bahagian A (WAJIB)
Soalan 1
1. Satu ciri utama
penyelidikan berkualiti tinggi adalah
(a) ia memberikan jawapan kepada masalah penyelidikan yang
spesifik.
(b) ia boleh diitlakkan.
(c) ia berasaskan penyelidikan orang lain.
(d) ia gagal membangkitkan soalan lain untuk penyelidikan
seterusnya.
2. Bila membentuk soalan
penyelidikan adalah penting untuk memilih soalan yang
(a) membangkitkan soalan penyelidikan lain.
(b) tidak pernah diselidiki lagi.
(c) berbentuk politikal atau kontroversial.
(d) sukar didefinisikan atau dijelaskan.
3. Yang mana satukah bukan
ciri penyelidikan deskriptif (perihalan)?
(a) Penyelidikan mengenai keadaan masa kini.
(b) Kawalan yang tinggi terhadap pembolehubah.
(c) Ia memberikan gambaran luas mengenai sesuatu konsep.
(d) Menerangkan ciri-ciri sesuatu kumpulan.
4. Hipotesis didefinisikan
sebagai
(a) kenyataan soalan penyelidikan dalam bentuk yang boleh
diuji.
(b) kenyatan secara meluas tujuan penyelidikan.
(c) pengetahuan yang membentuk fakta menjadi sesuatu yang
bermakna.
(d) prosedur statistik.
5. Suatu kriteria yang boleh
digunakan untuk memilih pembolehubah untuk di kaji adalah
(a) pembolehubah yang tidak berkaitan dengan soalan penyelidikan.
(b) pembolehubah yang tidak pernah dikaji sebelum ini.
(c) pembolehubah yang sukar didefinisikan.
(d) pembolehubah yang tiada kepentingan peribadi.
6. Yang mana satukah yang
tidak dikategorikan sebagai penyelidikan bukan eksperimen?
(a) Perihalan.
(b) Sejarah.
(c) Rekabentuk pra ujian-selepas ujian.
(d) Korelasi.
7. Yang mana satukah yang
menjelaskan hubungan sebab-musabab?
(a) Sejarah.
(b) Korelasi.
(c) Eksperimen.
(d) Perihalan.
8. mewakili suatu kumpulan kejadian yang boleh
mengambil lebih dari satu nilai.
(a) Konstan.
(b) Statistik.
(c) Hipotesis.
(d) Pembolehubah.
9. Pembolehubah bergantung
mengukur
(a) ciri-ciri seseorang responden.
(b) hasil sesuatu kajian.
(c) magnitud kesemua pembolehubah dalam kajian.
(d) pelbagai manipulasi yang sebahagian daripada kajian.
10. Pembolehubah bebas adalah
(a) hasil.
(b) kaedah statistik yang digunakan.
(c) manipulasi.
(d) ciri-ciri responden.
11. Pembolehubah yang mempunyai
kesan terhadap pembolehubah bergantung dikenali sebagai
(a) pembolehubah gangguan.
(b) pembolehubah kawalan.
(c) pembolehubah moderator.
(d) pembolehubah konstan.
12. Langkah pertama dalam
penyediaan cadangan penyelidikan yang baik adalah
(a) membentuk eksperimen.
(b) membincangkan pelbagai hasil kajian.
(c) memilih prosedur statistik yang sesuai.
(d) lintasan susastera.
13. Pemberian nilai kepada
sesuatu kejadian/hasil adalah di kenali sebagai
(a) kebolehpercayaan.
(b) kesahan.
(c) pengukuran.
(d) pembahagian (assignment) rawak.
14. Apakah klasifikasi terbaik
untuk pembolehubah bangsa?
(a) Ordinal.
(b) Interval.
(c) Nisbah.
(d) Nominal.
15. Proses
pengukuran terdiri daripada:
(a) mengenalpasti peristiwa-peristiwa
empirikal.
(b) pembangunan (development) dan definisi
konsep-konsep.
(c) pembangunan skala-skala pengukuran dan
penilaian skala.
(d) tiada jawapan di atas.
(e) Semua di atas.
16. Keprihatinan pengurusan
terhadap rekabentuk alat pengukuran fokus ke atas:
(a) kualiti data yang tinggi.
(b) gambaran imej dan peruntukan sumber.
(c) penampilan instrumen penyelidikan terhadap soalan
penyelidikan.
(d) semua di atas adalah benar.
17. Darjah di mana item-item
skala mewakili konsep yang dikaji dikenali sebagai:
(a) kesahan binaan (construct validity).
(b) kesahan kandungan (content validity).
(c) kesahan diskriminasi (discriminant
validity).
(d) kesahan luaran (external validity).
18. Fokus
utama skala pengukuran ialah ke atas:
(a) pengasingan peristiwa-peristiwa empirik (empirical events).
(b) konsep-konsep kajian.
(c) pembolehubah-pembolehubah dan konsep-konsep yang dikaji.
(d) kebolehpercayaan dan kesahan.
19. Berikut adalah beberapa
garis panduan dalam penulisan laporan penyelidikan yang baik KECUALI:
(a) mengetahui kumpulan sasaran.
(b) memerhati gaya penulisan.
(c) ringkas dan jelas.
(d) menggunakan pelbagai kaedah statistik untuk membuktikan
kebenaran.
20. Kebolehpercayaan
ujian-ujian semula mengukur
(a) ketahanan sesuatu ukuran.
(b) kesahan dalam sesuatu tempoh masa.
(c) kestabilan dalam sesuatu tempoh masa.
(d) kekuatan piawaian sesuatu alat pengukuran.
21. Suatu ujian yang sah adalah
(a) boleh diuji semula dengan mendapat hasil yang sama.
(b) mengukur apa yang sepatutnya diukur.
(c) boleh diitlakkan kepada populasi.
(d) mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi.
22. Tahap keertian
(significance level) yang dipilih oleh penyelidik menentukan darjah risiko yang
akan diambil dari segi
(a) perbezaan untuk terjadi.
(b) ralat untuk terjadi.
(c) Aplikasi statistik.
(d) Pembolehubah bebas menjadi berkesan.
23. Pembolehubah yang tidak
boleh dikawal oleh penyelidik adalah
(a) konstan.
(b) pembolehubah bergantung.
(c) pembolehubah bebas.
(d) pembolehubah moderator.
24. Apakah tahap pengukuran
yang paling tepat?
(a) Nisbah.
(b) Nominal.
(c) Ordinal.
(d) Interval.
25. Faktor-faktor
yang menentukan saiz sampel sesebuah kajian ialah:
(a) keseragaman unit-unit pensampelan dan aras keyakinan (degree
of confidence).
(b) ketepatan dan kebolehan statistik kaedah-kaedah analisis.
(c) kos, masa dan personel.
(d) jawapan (a), (b) dan (c).
26. Pensampelan yang “baik”
dikatakan mempunyai ciri-ciri berikut:
(a) adanya kebarangkalian sesuatu unit analisis akan diambilkira
dalam kajian.
(b) penilaian secara kuantitatif bagi
ketepatan pensampelan.
(c) membolehkan membuat keputusan bagi saiz
sampel yang diperlukan.
(d) semua di atas.
27. Perkara-perkara yang perlu
difikirkan dalam pemilihan rekabentuk sampel ialah:
(a) kos, ketepatan, masa, penerimaan keputusan (acceptance of
results) dan pengitlakan (generalizability).
(b) liputan, elemen, unit-unit pensampelan,
masa dan kos.
(c) replikasi, kos, ketepatan, dan
penerimaan keputusan.
(d) populasi, saiz sampel, kos dan
ketepatan.
28. Menggunakan proses
pemilihan sampel di mana populasi dipisahkan ke dalam elemen kumpulan-kumpulan
yang tidak bertindih (non-overlapping groups) dikenali sebagai pensampelan:
(a) sistematik.
(b) berkelompok (Cluster).
(c) berstratum (Stratified).
(d) kawasan.
29. Sekumpulan responden
dikumpulkan di dalam sebuah bilik yang cukup peralatan untuk proses temuduga.
Temuduga diawasi dan dibimbing oleh seorang pembincang (discussant). Proses
temuduga ini dikenali sebagai:
(a) Temuduga yang berasaskan soal-selidik
melalui telefon.
(b) Temuduga peribadi.
(c) Perbincangan kumpulan fokus.
(d) Teknik projektif.
30. Dua
tujuan utama penyelidikan perniagaan ialah:
(a) penemuan, pengujian hipotesis.
(b) penemuan, pengitlakan.
(c) kebenaran, verifikasi.
(d) pembentukan hipotesis, pengitlakan.
31. Seorang pengurus
pengeluaran ingin mengetahui produk yang manakah yang lebih baik daripada dua
jenis produk yang digunakan dalam proses pengecatan rumah? Oleh itu, apakah
teknik yang paling sesuai digunakan untuk kajian ini:
(a) analisis varians.
(b) regresi.
(c) ujian T.
(d) analisis faktor.
32. Seorang penyelidik ingin
membuat kajian ke atas kesan soalan-soalan yang terdapat dalam iklan TV iaitu
bagaimana soalan-soalan patut ditanya; pada awal atau akhir komersial? Adakah soalan-soalan berkenaan patut dalam
bentuk yang mencetuskan kemarahan atau kenyataan sebenar? Apakah teknik analisis yang baik untuk tujuan
ini?
(a) Analisis varians satu hala.
(b) Regresi berganda.
(c) Khi-kuasa dua.
(d) Ujian T.
33. Pengitlakan merujuk kepada
(a) hasil kajian yang boleh diaplikasikan kepada populasi
dalam persekitaran yang berbeza.
(b) hasil kajian yang hanya boleh diaplikasikan untuk sampel
kajian sahaja.
(c) pensampelan senang.
(d) penggunaan jadual nombor rawak.
34. Kaedah pensampelan di mana
setiap individu mempunyai peluang yang sama dan bebas (independent) untuk
terpilih adalah
(a) pensampelan rawak mudah.
(b) pensampelan sistematik.
(c) pensampelan senang.
(d) pensampelan kuota.
35. Kebolehpercayaan sempurna
(perfect) terjadi bila nilai koefisien menyamai
(a) +1.00.
(b) +0.50.
(c) +0.100.
(d) +2.00.
36. Jenis ujian manakah menguji
pencapaian individu berasaskan pencapaian individu lain?
(a) Ujian pencapaian.
(b) Ujian piawai.
(c) Ujian berasakan norma.
(d) Ujian berasaskan kriteria.
37. Analisis item digunakan
untuk menjana indeks berikut?
(a) Tahap kesukaran item ujian.
(b) Tahap populariti item ujian.
(c) Tahap diskriminasi item ujian.
(d) Kesenangan menilai markah item ujian.
38. Indeks diskriminasi
nilainya +1.00 menunjukkan item
(a) gagal untuk melakukan diskriminasi.
(b) diskriminasi secara sempurna.
(c) terlalu senang.
(d) terlalu sukar.
39. Ukuran kecenderungan
menengah yang manakah paling sesuai untuk data berbentuk pangkat?
(a) Median.
(b) Min.
(c) Titik tengah (Midpoint)
(d) Mod.
40. Nilai kritikal adalah
(a) nilai yang diperlukan untuk menerima hipotesis nul.
(b) nilai yang diperlukan untuk menentukan kesahan sesuatu ujian.
(c) nilai yang diperlukan untuk menentukan kebolehpercayaan
sesuatu kajian.
(d) nilai yang diperlukan untuk menolak hipotesis nul.
[40
markah]
Monday, 9 June 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)